Wednesday, March 31, 2010

Diet!




hai hai hai.. ape khabar sume... sehat? kalu sebut pasal diet selalunye orng akan bayangkan badan yang ramping je..tapi tujuan utama diet adalah supaya badan kita sehat.. terlalu kurus pon bahaya gak. sekarang nih kite dapat lihat banyak `slimming center` kat malaysia kan.. tu bagi yang mampu boleh lah pegi... namun,hati-hati dalam memilih program diet yang tepat, kerana impian tubuh sehat dan langsing akan hilang akibat salah memilih program diet... tapi sebenarnya ade cara yang lebih murah dan selamat untuk memiliki badan yang sihat dan cantik hehe
ni lah tipsnya..

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan

  • Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
  • Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
  • Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
  • Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
  • Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.



5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan

  • Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
  • Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
  • Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
  • Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
  • Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa. kalau nak mesti ade cara.. betol x?

walau ape pun, kalu nak diet kena kuat semangat. jgn hangat2 tahi ayam je.. n niat pon kena betul!
selamat berusaha



p/s: dalam proses diet, tapi bukan untuk kurus, cuma inginkan badan yang sihat.

2 comments: