Tuesday, March 30, 2010

30 hari...

setiap detik itu berlalu
ada sahaja yang berlaku..

ketika kaki melangkah
pengalaman yang dialami tidak semestinya menggembirakan
kerana, hidup ini ibarat pentas
yang penuh dengan suka duka
namun, setiap kedukaan tidak seharusnya dianggap
sesuatu yang buruk belaka..

ketika berjaulah,
teliti apa yang berlaku
baik atau buruk
nilailah dengan telus

kaitkan ia dengan diri kita..
berjayakah ia mendidik kita?
berjayakah ia menggoyahkan prinsip kita?
berjayakah ia mendekatkan diri kepada Sang Pencipta?
tepuk dada tanyalah iman...

jika yang dilihat itu buruk
berdoalah, supaya ia menjadi lebih baik
usahlah dicanang-canang
seharusnya, jadikanlah ia sempadan

hari itu ku lihat dia
terdetik hatiku untuk menjadi sepertinya
berjaya ataupun tidak
hanya diriku yang menentukannya

30 hari itu meninggalkan ku
kurasakan letih, tak bermaya
tetapi ku tetap bersyukur
kerana diberi peluang untuk membaiki kekurangan itu
namun ianya x bisa ku capai dalam sekelip mata
kerana yang ku perlukan hanyalah masa....

AK203
5.00PM waktu malaysia
20/3

~bukan puisi.
hanya interpretasi diri.

No comments:

Post a Comment